Wednesday, October 26, 2011

PERKARA YG PEREMPUAN SUKA, TETAPI LELAKI TAK SUKA

Salam.....

Entry kali ni i nak kongsi pasal 'perkara perempuan suka tetapi lelaki tak suka'..perkara ni kadang-kadang bukan sahaja melibatkan perasaan semata-mata tetapi juga melibatkan peralatan dan sebagainya..I nak kongsi benda ni sebab kadang-kadang i pun penah rasa situasi macam ni dengan mr.b i.hehe..kadang xsama apa yang dia suka..and i xsuka..kadang sampai boleh gaduh kot..


1. BARANGAN DI DALAM BILIK MANDI
 
Wanita : Shower cap, body scrub, foot scrub, perapi, serum rambut, masker untuk wajah, gel mandian pelbagai harum, segala jenis berus, span mandian dan pelbagai khazanah yang terdapat dalam bilik mandi. Memang agak menyemak tetapi itulah yang kaum wanita perlukan.
Lelaki : Cuma perlukan berus gigi, ubat gigi, dan sabun mandi.

2. SHOPPING
 
Wanita : 24 jam sehari sebenarnya tidak cukup untuk kaum wanita membeli-belah. Terutamanya yang menganggap shopping in the best therapy for stressful. Mereka mencuba hingga 10 pasang pakaian dari semua gedung yang disinggah tetapi mungkin hanya membeli satu atau tidak beli langsung. “Kena survey dulu, sayang. Tak boleh nak beli terus, takut jumpa yang lebih menarik nanti menyesal pulak”, itu alasan yang kerap diberikan.

Lelaki : Singgah ke satu kedai - pilih ala kadar -bayar - balik.

3. BERBUAL
 
Wanita : Memang terkenal dengan sikap banyak cakap terutamanya ketika melayan kenalan. Daya pemikiran wanita mudah merangsang topik perbualan dengan pantas. Kalau dah bercakap, sudah hendak berhenti pulak tu! Terutamanya dalam bab-bab gosip.

Lelaki : Lebih suka memikirkan topik perbualan terlebih dahulu senelum menyusulkan.

4. MENANGIS

Wanita : Dengan menangis, dapat melegakan perasaan, itulah kaum wanita! Mereka mampu menangis 3-4 kali sehari! Mereka menangis kerana gembira. Mereka juga menangis kerana berduka. Perkara kecil pun boleh menangis, tengok filem Hindustan pun boleh meleleh air mata. Sebab itulah orang cakap, air mata merupakan senjata utama kaum wanita!

Lelaki : Sukar mengeluarkan air mata kecuali atas dasar sesuatu yang begitu menyentuh lubuk hatinya.

5. KUIZ
 
Wanita : Bukankah ada banyak kolum-kolum berbentuk kuiz di surat khabar mahupun di majalah terutamanya yang berkaitan dengan cinta dan perhubungan? Itulah antara kegemaran kaum wanita! Mereka sentiasa teruja untuk memcubanya dan mudah terpengaruh dengan jawapan di pengakhiran kuiz tersebut.

Lelaki : Lebuh suka dengan kuiz yang menguji ketajaman minda dan mencabar.

6. KASUT

Wanita : Sering kali memiliki stok kasut yang banyak. Mereka suka membeli kasut (untuk di suai padankan dengan koleksi pakaian) dan sehinggakan tidak tahu mana satu disimpan koleksi kasut tersebut. Kasut yang mengikut trend pasti menjadi koleksinya.

Lelaki : Tidak ada kasut yang mengikut trend dan tidak memerlukan sejumlah kasut, pakai sahaja mana yang ada!

7. FAMILY GET-TOGETHER
 
Wanita : Wanita memang suka menghabiskan masa bersama keluarga. Mereka berpendapat, masa yang terluang elok habiskan bersama keluarga tersayang. Melakukan aktiviti bersama-sama mempu mengeratkan kasuh sayang.

Lelaki : Ada masa-masanya jugalah. Tapi senang menghabiskan masa terindah bersama rakan-rakan.

8. BUNGA DAN COKLAT
 
Wanita : Sangat suka dengan coklat dan bunga. Kata mereka, ada makna disebalik warna bunga ros yang dihadiahkan itu. Coklat, emmm lupakan seketika niat untuk diet! Malah coklat juga mampu mengurangkan stress.

Lelaki : Lebih sukakan benda-benda besar dan lebih bermakna seperti Tiket Formula One atau Televisyen LCD 32 inci! Biar berbaloi beb, kalau nak bagi hadiah!

9. DRAMA MELAYU / KOREA
 
Wanita : Ini memang kegemaran kaum wanita. Sanggup menanti di hadapan kaca TV semata-mata mahu menonton drama kegemarana. Kerja-kerja rumah, diketepikan dahulu. Jangan ganggu tumpuan mereka menonton drama atau cerita kegemarannya.

Lelaki : Ahh!!! Buang masa je layan drama yang kebanyakkan jalan ceritanya berbelit-belit dan tidak mencabar langsung.


Terdapat juga banyak lagi perkara lain yang berkaitan.Tetapi itulah manusia, ada yang mengatakan kelainan inilah yang menyebabkan hidup lebih bermakna kerana saling melengkapi walaupun sekali sekala memang menyusahkan.
 

Jangan lupa like and comment ye..

Tuesday, October 25, 2011

Thanks Cik Wan!

Salam..

entry hari ni i nak buat khas untuk i punya housemate..Cik Wan
hari isnin aritu i kuar dengan cik wan ni..dia nak p bank in duit kat sis dia,tapi xbrapa tau jalan nak cari bank RHB..i pun tau la sikit-sikit jalan kat sp tuh..so i temankan dia la..alang-alang p sp leh la i g amek ic i yang dah siap kt JPN..

dah kuar dari bank tu cik wan tanya nak p mana lagi..i just ikut ja sbb dia yang bawa moto..so dia buat keputusan p makan kt KFC,dia belanja.i dh segan sebab dia belanja..hehehe..malu..kami pun p la kfc dekat jam besar..

tengah-tengah makan tiba2 hujan turun dengan lebatnya..abeh la..takot xleh balik merbok..dah selesai makan..hujan pn berhenti..nasib baik la kan..pas makan kami nk p berjalan lagi..kami p Bundle Doubt kt sebelah Centre Square..geng rumah kami mmg kerap jugak la p menyinggah bundle kat situ...baju-baju kat situ boleh tahan jugak..harga pn okla..kami suma style layan bundle..ok what?

Cik wan beli baju kemeja 2 helai..i xbeli apa pn..baru ja minggu lepas beli dah..so xda duit dah..hehe..pas selesai membeli kami pn balik merbok...


 p/s:
Thanks Cik Wan sebab belanja makan KFC ye..
dah lama xmakan kfc..orang belanja pulak..lagi la sedap kan
mmmuuuaahhh! cayang Cik Wan!




Jangan lupa like and comment ye..

Sibuk ja Teh nie..

Salam...

Hye..hari ni i cuti Deepavali..so duduk kat umah sewa ja..tak p mana pun..ingat nk p rumah kakak i kat Amanjaya, tgk dlm fb semalam depa pos ckp jumaat ni ada LDK pulak..tention betoi..hmm..next week i nak balik Jitra dah..cuti Raya Haji seminggu..xsabar nak balik..

So hari ni i nk update ckit pasal semalam..ada sekor kucing kt umah sewa i ni yang kami bagi nama 'Teh' sebabnya bulu dia kaler puteh..si teh ni suka sangat mai umah kami coz kami dok bagi dia makan..i ni mmg suka kucing pn.. tapi ada housemate i yang xbrapa suka kucing.kami pn jenis melayan..si teh ni buat rumah kami macam rumah dia sendiri..masuk suka hati ja..pastu dok miaaau..miaaauu..nk makanan..

My housemate i..Icha ni garang ckit..kami dok panggil dia 'mak tiri' sbb dia suka marah si teh ni..cian dia..ha..kelmarin pintu rumah kami ni ada masalah ckit..tiba2 ja xleh buka.i dok risau sbb Cik montel roomate i nk g shah alam..barang2 dia suma dalam rumah..puas mencuba last2 Icha dapat buka jugak...selamat..

Dengan kalutnya i n Cik montel ciap..time tu dah pukul 2ptg..tiket bas pukul 2.45ptg..nk kena rush p station bus Sungai Petani pulak..nak dijadikan cita..tengah on the way dengan moto..tiba2 ujan rintik-rintik..adoi mmg dugaan betoi..so kami amik keputusan patah balik  rumah n mintak tolong Faranadia hantar nek keta..kelas kami pukul 3..so kalut la kami..balik ja dari hantar cik montel,mmg hujan lebat sangat..kami p kelas pun naik kereta..so balik ja kelas..malam tu i tido awal..penat sangat..

ni la kucing yang diberi nama 'si teh' nie..


The end....





Jangan lupa like and comment ye..

Wednesday, October 19, 2011

Jom belajar Subject Heading..

salam oul..
today i ada kelas Subject Heading..
u oul know subject heading??hehe
sapa yang amek kos Library Science or Resource Center mesti tau..
agak susah la bg i subject ni..tp kena slalu buat latihan..
pening pun ada kalau buat..tapi ada student yang bleh skor dis subject..

semua ada 5 buah buku yang kena refer..dari huruf A to Z..
Tuan syed as a lecturer yang ajaq subject ni..
sem ni kami punya muscle mesti tuff..nak tau pasaipa?
sbb during  dis class kami qeja dok angkat buku subject heading yang tebal2 neh..
hahaha..
Tebal x buku subject heading ni??


............................................
bye..




Jangan lupa like and comment ye..

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

Kembali berBlogging..

Assalamualaikum..hye u all semua..
dah lama i updated my blog..rindu sangat.Bukan xmau nak update, tp xdak masa la.Cuti semester 4 bulan aritu i keja..fully tau..so xdak masa nk tgk i punya blog..Ni dh start semester baru, so dah ada masa nk on9..pas ni hampa semua leh la tengok-tengok apa yang terbaru dalam blog i k..

Now, i dah sem 4..so banyak benda yang i kena belajaq..takot pun ada sebabnya semester ni banyak subjek 'KILLER'..auw..menakotkan...so i kena la bertungkus lumus untuk semester ni..nk  kena tingkatkan lagi pointer sem ni..Insyaallah..amin...




Jangan lupa like and comment ye..