Sunday, November 27, 2011

Tahniah Kak Niza ♥ Abg Wan

salam..

Bila masuk ja musim cuti sekolah ni bermula la musim orang kawin.Jemputan kawin sana-sini..So i pn xterlepas dari jemputan kawan i sorang neh..tapi malangnya i xdapat p..rumah dia kat Perak..jauh,last-last semester ni budget pun xberapa nak banyak..hehe..Maaf ye Kak Niza x kesampaian nak p kenduri umah kak Niza..teringin nak p kenduri kawan-kawan..Tapi nak buat macam mana..apa-apa pun zaida nak ucapakan Tahniah sebab sudah bergelar seorang isteri...

--Secocok--
--Amboi mesranya depa--
--Cantik akak--
--Tanda sudah bergelar seorang isteri--

Tahniah  
Kak Niza Abg Wan

''Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin)
Suami Isteri Agar Kekal Abadi,
Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga,
Sihat Walafiat,
Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia
Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh
Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.''
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

p/s:
gambar diambil dari


bye-bye



Jangan lupa like and comment ye..

Pertunangan Artika ♥ Faisal

salam..
Semalam 26hb Nov kawan sekolah menengah i bertunang..nama dia Artika.kami just panggil Tika..kami  xsatu kelas dulu, tapi satu Taman..rumah dekat je.rapat la jugak time sekolah dulu..selalu dok lepak kat umah dia..hehe..Dah bertunang pun kawan i sorang neh..i bila lagi??haha lambat lagi kot..dok tunggu punya tunggu..dah menjadi tunangan orang..tggu lafaz nikah ja nanti..

orang cakap time tunang ni banyak dugaan..semoga menempuhinya dengan tabah ye cik tika.Kena banyak bersabar k..


Tahniah ye cik Artika Faisal..
Semoga berbahagia selalu..
nanti kenduri nak kad tau..xmau panggil kot fb,msg or kol ja..ok??hehe


p/s: Khas untuk Cik Nur Artika Zulkifli
gambar tak banyak sebab guna kamera hp je..
gambar terakhir tu diambil dari kuza
thanks ye.. 

bye-bye..




Jangan lupa like and comment ye..

Friday, November 18, 2011

i'm really busy ok!

salam..
hye semua..i want to tell u all that i am very busy this week and another week..
nak tau pasai pa? b'coz banyak keja yang perlu disiapkan  like Assignment , Final project ,Quiz, Test..aarrrrgghhhh...gila banyak benda nak buat and pk..tapi sabar ye Kak Deda..


As a student biasa la mcam neh..i dah pernah rasa semua ni every semester..
but this semester agak tention  la..adoiyai..hope i bleh buat semua ni dengan baik..
tinggal lagi sebulan ja i nak hadapi semua ni. 24 Disember dah study week..and bulan Januari next year dah start final exam..Wah takutnya..dis semester i only have 2 paper for final exam..tapi banyak final projek yang nak kena buat..research lg..hmm..

So, as a conclusion i xda masa sangat nak update my blog.. 
thanks ye kengkawan!
bye...


Jangan lupa like and comment ye..

Saturday, November 12, 2011

Filem Ombak Rindu akan datang!

 
NOVEL OMBAK RINDU OLEH FAUZIAH ASHARI
Rinduku umpama 
ombak yang tak berhenti
Kasihmu bagai pantai 
yang setia menanti


Filem : OMBAK RINDU
Pengarah : Osman Ali
Genre : Drama / Romantik
Pelakon Utama : Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Paralae
Tarikh Tayangan : 1 Disember 2011 

Sinopsis :
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi. 
 

 
Wah tak sabarnya nak tengok filem Ombak Rindu ni..mmg sesuai la Maya karin dan Aaron Aziz jadi hero dan heroin dalam filem neh. Nantikan filem ini di pawagam pada 1 December 2011. Kepada peminat novel Ombak Rindu jangan lupa tgk filem ni..mesti best punya..
......
......
bye

Jangan lupa like and comment ye..